Pokok Kelor

Pokok kelor atau nama saintifiknya Moringa oleifera juga dikenali sebagai merunggai, rambungai, rembungai, lemunggai atau moringa[1] (Bahasa Tamil: முருங்கை, translit. merunggai) atau pokok benzoil[1] merupakan satu-satunya tumbuhan genus Moringa dalam keluarga Moringaceae. Pokok ini berasal dari bahagian selatan kaki pergunungan Himalaya barat laut India, namun sudah biasa tumbuh di kawasan tropika dan separa tropika.

Pokok Kelor
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Moringaceae
Genus:
Spesies:
M. oleifera
Nama binomial
Moringa oleifera

Pokok ini mempunyai pelbagai kegunaan dari akar hingga buahnya. Lengai muda dan daun pokok kelor digunakan sebagai sayuran. Lengai dari pokok ini juga boleh digunakan bagi membersihkan air dan membersihkan tangan, dan kadang-kala digunakan dalam perubatan herba.  

Lenggai (pod) Kelor (“Moringa oleifera”) di Panchkhal, Nepal

. . . Pokok Kelor . . .

Bunga Kelor
Pokok dan lenggai pokok Kelor (Moringa oleifera)
Biji benih Kelor

M. oleifera merupakan pokok cepat tumbuh boleh mencapai ketinggian 10-12 m (32-40 kaki) [2] manakala batangnya boleh mencapai diameter 45 cm (1.5 kaki).[3] Kulit batang pokok kelor mempunyai warna yang putih-kelabu dan dikelilingi oleh gabus tebal. Pucuk muda mempunyai kulit keunguan kehijauan-putih, berbulu. Pokok ini memiliki silara luas dan merundup, dahan rapuh dan dedaun yang ringan tiga sekelompok tripinnat. Pokok ini tumbuh dengan dedaun yang begitu lebat.[4]

Bunganya wangi dan dwijenis dikelilingi oleh lima kelopak kuning-putih tidak sama rata, dengan urat yang sedikit. Bunganya sekitar 1-1.5 cm (1/2 “) panjang dan 2.0 cm (3/4”) lebar. Ia tumbuh di batang berbulu halus dalam kelompok tersebar atau merundup dengan kelompok bunga yang mempunyai panjang 10-25 cm.[2]

Buahnya muncul dalam lenggai bertantung, kapsul perang tiga segi dengan saiz 20-45, setiap kapsul mampu memuatkan benih bulat sekitar 1 cm. Tiga biji benih di dalamnya mempunyai sayap nipis putih dan disebarkan oleh angin dan air.[3]

. . . Pokok Kelor . . .

This article is issued from web site Wikipedia. The original article may be a bit shortened or modified. Some links may have been modified. The text is licensed under “Creative Commons – Attribution – Sharealike” [1] and some of the text can also be licensed under the terms of the “GNU Free Documentation License” [2]. Additional terms may apply for the media files. By using this site, you agree to our Legal pages . Web links: [1] [2]

. . . Pokok Kelor . . .

Previous post Mandala Airlines
Next post Jodha Akbar (siri televisyen)