
Kolej Yayasan Melaka
Kolej Yayasan Melaka atau lebih dikenali sebagai KYM merupakan antara institusipendidikan di Melaka yang terkenal dan terkemuka.
Merupakan di antara kolej swasta yang terawal di negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Ia telah berjaya melahirkan ribuan mahasiswa dalam pelbagai bidang akademik dan pengajian sejak dari penubuhannya.
. . . Kolej Yayasan Melaka . . .
- Kolej Yayasan Melaka ditubuhkan pada 23 Mac1997. Upacara perasmiannya disempurnakan oleh YAB Najib Bin Tun Haji Abdul Razak merangkap menteri pendidikan ketika itu.
- Membina perkhidmatan yang cemerlang kepada pelajar. Menghasilkan produktiviti yang tinggi.
- Untuk melahirkan para intelektual yang profesional dan berkualiti, penggabungan keimanan, ilmu pengetahuan dan akhlak merupakan komprehensif dalam meneruskan pembangunan ini.
- Mewujudkan hubungan yang amat rapat antara pelajar dan pekerja bagi memudahkan pertukaran idea dan perkongsian pendapat, serta bekerjasama dalam melaksanakan apa sahaja projek yang dianjurkan pelajar ataupun organisasi yang baik.
- Menjana Sumber Manusia Terdidik dan Terlatih –
- TERUNGGUL di antara institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Malaysia.
- TERUNGGUL dalam melahirkan graduan yang bermutu, terdidik dan berdisiplin.
- TERUNGGUL dalam menyediakan pendidikan dan kemudahan yang terlengkap untuk pelajar.
- TERUNGGUL dan bekerjasama ke arah memperbaiki dan menaikkan kualiti hidup pelajar.
- TERUNGGUL dalam penyusunan organisasi. Memperbaiki kualiti pentadbiran dari masa ke semasa dan terbuka kepada kritikan yang membina.
. . . Kolej Yayasan Melaka . . .
This article is issued from web site Wikipedia. The original article may be a bit shortened or modified. Some links may have been modified. The text is licensed under “Creative Commons – Attribution – Sharealike” [1] and some of the text can also be licensed under the terms of the “GNU Free Documentation License” [2]. Additional terms may apply for the media files. By using this site, you agree to our Legal pages . Web links: [1] [2]