Changmin

Shim Chang-min (Hangul: 심창민; Hanja: 沈昌珉; lahir 18 Februari 1988), juga dikenal dengan nama panggung Max Changmin (최강창민최강창민; Choegang Changmin) atau hanya MAX, adalah seorang penyanyi Korea Selatan, pelakon dan ahli pop duo TVXQ. Lahir dan dibesarkan di Seoul, Korea Selatan, Changmin dijumpai oleh agen pencari bakat dari SM Entertainment ketika berumur empat belas tahun. Dia membuat debut sebagai anggota termuda dalam TVXQ pada bulan Disember 2003.[1]

Fasih dalam bahasa Korea dan Jepun, Changmin telah mencapai kejayaan komersial di seluruh Asia sebagai ahli TVXQ. Dia juga telah membintangi beberapa drama.

. . . Changmin . . .

Changmin dilahirkan dan dibesarkan di Seoul, Korea Selatan kepada keluarga Buddha. Beliau mempunyai dua adik perempuan, dan kedua ibu bapanya adalah guru. Ketika beliau berumur empat belas tahun, seorang pencari bakat dari SM Entertainment melihat Changmin menyanyi dan bermain badminton pada masa yang sama semasa dalam kelas gim. Pencari bakat menyarankan beliau menghadiri ujibakat untuk S. M., tetapi Changmin tidak tertarik untuk menjadi seorang penyanyi. Ibunya, yang ingin sekali bertemu BoA,[2] menggesa Changmin untuk menghadiri ujibakat juga. Tiga hari setelah ujibakat, S. M. memanggil Changmin untuk ujibakat kedua, dimana beliau berjaya melepasinya. Setelah memenangi Penyanyi Terbaik dan anugerah Artis Terbaik di Pertandingan Remaja Tahunan Ke-6 anjuran S.M. Entertainment, Changmin menandatangani kontrak dengan syarikat tersebut.[3]

Barisan ahli sah untuk TVXQ terdiri dari Changmin, U-Know Yunho, Kim Jaejoong, Park Yoo-chun, dan Kim Jun-su. Kumpulan ini secara rasmi debut pada 26 Disember 2003 dalam pertunjukan BoA dan Britney Spears. Mereka mempersembahkan single debut bertajuk “Hug”, yang menjadi hit di Korea Selatan. TVXQ telah melancarkan album-album nombor satu di Korea sejak album studio kedua mereka Rising Sun (2005), yang juga album yang memberikan mereka anugerah Daesang (대상) mereka yang pertama, atau Anugerah Utama, di Mnet KM Music Festival. Album Korea yang keempat Mirotic (2008) adalah Album Terbaik pada Festival Muzik Mnet KM 2008 dan Anugerah Golden Disc 2008. Album ini menampilkan lagu mereka yang amat dikenali dan single yang paling laris, “Mirotic.”

Pada tahun 2005, TVXQ debut di Jepun dengan single “Stay With Me Tonight” yang mencapai kedudukan ke-37 dalam Carta Single Oricon pada masa pelancaran. Mereka menyambar single nombor satu buat pertama kali di Jepun dengan “Purple Line” (2008). Album Jepun keempat mereka berjudul The Secret Code merekodkan penjualan platinum untuk single “Dōshite Kimi o Suki ni Natte Shimattandarō?” dan “Share The World” (2009), lagu tema untuk animasi One Piece.

TVXQ telah terlibat dalam kes undang-undang dimana ahli Jaejoong, Yoochun dan Junsu mengemukakan injunksi terhadap agensi mereka pada Julai 2009. Ini telah membawa kepada perpecahan kumpulan dimana mereka bertiga meninggalkan TVXQ yang menerima publisiti meluas pada tahun 2010. Setahun kemudian, Changmin dan Yunho kembali sebagai duo, melancarkan album-album di Korea Selatan dan Jepun. Sebagai duo, TVXQ telah meletakkan tanda aras untuk rekod jualan album dan rekod kedatangan konsert di Jepun, menjadi artis luar negara yang paling laris dan kutipan tertinggi di Jepun.[4]

. . . Changmin . . .

This article is issued from web site Wikipedia. The original article may be a bit shortened or modified. Some links may have been modified. The text is licensed under “Creative Commons – Attribution – Sharealike” [1] and some of the text can also be licensed under the terms of the “GNU Free Documentation License” [2]. Additional terms may apply for the media files. By using this site, you agree to our Legal pages . Web links: [1] [2]

. . . Changmin . . .

Previous post Kampung Darat Demit
Next post Windows 8