
The Young Victoria
The Young Victoria adalah sebuah filem 2009 berasaskan kenaikan ke takhta dan pemerintahan awal Ratu Victoria dari United Kingdom, dan perkahwinan baginda dengan Prince Albert, diarah oleh Jean-Marc Vallée. Ia dibintangi oleh Emily Blunt, Rupert Friend, Miranda Richardson, dan Jim Broadbent. Filem ini dikeluarkan oleh Graham King, Martin Scorsese, Sarah, Duchess York, dan Tim Headington. Tayangan perdana dunia diadakan di Electric Palace[2] di Bridport, Dorset di South West England, United Kingdom. Ia dikeluarkan dalam pasaran terhad di AS pada 18 Disember 2009.
. . . The Young Victoria . . .
Babak-babak dimuatkan di Westminster Abbey telah difilemkan di Lincoln Cathedral pada September dan Oktober 2007,[3] dengan sesetengah babak telah difilemkan di Istana Blenheim dari 23 hingga 24 Ogos 2007, Arundel Castle, West Sussex, Wilton House berhampiran Salisbury, Wiltshire dan Istana kota Belvoir, Leicestershire.
Filem ini ialah sebuah dramatisasi romantis sesetengah peristiwa sebelum dan berikutnya upacara kemahkotaan Ratu Victoria, bertumpu pada pemerintahan awal dan percintaannya dengan Putera Albert sewaktu zaman 1830-an.
Victoria ialah seorang yang kidal; walau bagaimanapun, dalam filem baginda melukis dan mengecat dengan tangan kanannya. Walaupun secara besarnya taat pada pilihan fakta sejarah, filem ini telah menarik kritikan oleh kerana menghiaskan peristiwa untuk menambahkan potensi dramatik. Contohnya, Putera Albert tidak pernah ditembak sewaktu percubaan pembunuhan terhadap Ratu Victoria. Tambahan lagi, pengarang filem, Julian Fellowes, memberitahu dalam suatu wawancara BBC Breakfast (09/07/2009[adakah tarikh ini Sept. 7 ataupun 9 Julai?]) bahawa ternyata Putera Albert digesel oleh peluru untuk menunjukkan keberanian dan kebaktian apabila dia cuba menghadang Ratu Victoria daripada ditembak. Fellowes mengatakan bahawa jika telah ditunjukkan bagaimana ia sebenarnya berlaku (yang mana peluru tidak terkena) tindakan Putera Albert menerjun di hadapan Ratu yang muda tidak akan dirasakan sepenting sebagaimana ia pernah sebenarnya berlaku. Juga, bapa saudara Victoria, Leopold I dari Belgium tidak pernah menjadi semenekan dan mementingkan diri dengan memujuk Albert untuk mengahwini ratu dalam hidup sebenar sebagaimana dia telah digambarkan dalam filem. Ternyata, Raja Belgium bapa saudara kegemaran Victoria dan dianggapnya sebagai seorang bapa padanya.
Menurut pengarang, passionate Tory[4]Julian Fellowes,[5]” Babak bila mana dia (Conroy) cuba untuk membuatkannya menandatangani dokumen sementara dia sakit dan membalingnya ke lantai – “itu benar-benar berlaku”, dan “Babak di Windsor di mana King berdiri dan menghina ibu Victoria bukan sahaja benar, tetapi lebih kurang dua pertiga daripada ucapannya ialah apa yang sebenarnya dikatakannya!”. Meskipun, duchess dari Kent telah diberikan tempat duduk di sebelah Raja apabila dia bercakap-cakap[6] dan tidak berangkat sewaktu ucapan; dan, tidak digambarkan dalam filem, puteri menangis “dan dua parti, tidak lama lagi menyedari bahawa mereka telah menjadi sangat melampau, menampal suatu gencatan senjata yang tidak mudah”.[7] Menurut Greville’s Memoirs: “Ratu melihat dalam penuh penderitaan, Puteri menangis dan seluruh temanan tertegun. Duchess dari Kent tidak berkata sepatah perkataan. Selanjutnya selepas mereka berdiri dan mengundur diri, dan suatu babak dahsyat diakibatkan; Duchess mengumumkan keberangkatan selanjutnya dan memesankan keretanya, tetapi suatu jenis pendamaian telah ditampalkan, dan dia telah diatasi untuk tinggal hingga keesokan harinya.”[8]
. . . The Young Victoria . . .