Nur Amalina Che Bakri

Nur Amalina Che Bakri (lahir 7 Disember1987, Kota Bharu) merupakan anak tunggal kepada pasangan Sabariah Hassan, seorang pengetua sekolah menengah dan bapanya Che Bakri, seorang jurutera, Timbalan Pengarah di DBKL. Beliau terkenal apabila mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada 2004 dengan memperoleh 17A1. Nur Amalina berjaya mendapat A1 dalam 17 subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik Moden, Biologi, Kimia, Fizik, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Akaun, Sains Teras, Pendidikan Seni, Tasawur Islam, Kesusasteraan Melayu, Bahasa Inggeris Teknologi, Pendidikan Islam dan Matematik Tambahan, sekaligus menjadi pemeroleh A terbanyak dalam sejarah peperiksaan tersebut.[2] Kini, beliau ialah seorang doktor bedah dalam bidang pembedahan am di London.

Rencana ini memerlukan petikan dan rujukan tambahan untuk pengesahan. (April 2021)
Nur Amalina Che Bakri
Kelahiran (1987-12-07) 7 Disember 1987 (umur 34)

Pusat pendidikan Universiti Edinburgh, Universiti Cambridge, Imperial College London
Pekerjaan Doktor perubatan
Doktor bedah
Pasangan Alexander Charles (k. 2021)[1]

. . . Nur Amalina Che Bakri . . .

Beliau dilahirkan pada 7 Disember1987,[perlu rujukan] anak tunggal kepada pasangan Sabariah Hassan, seorang pengetua sekolah menengah dan bapanya Che Bakri, seorang jurutera, Timbalan Pengarah di DBKL. Beliau dibesarkan di Johor Bahru.[perlu rujukan] Beliau mendapat pendidikan awal di Tadika Farley’s di Kota Bharu sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Rendah Kebangsaan Zainab 1, Kota Bharu (darjah 1), Sekolah Kebangsaan Taman Suria, Johor Bahru (darjah 2-4), Sekolah Kebangsaan Taman Daya, Johor Bahru (darjah 5) dan Sekolah Kebangsaan Ulu Tiram (darjah 6).

Beliau juga merupakan Naib Pengerusi Kelab Bimbingan dan Kaunseling, Setiausaha Persatuan St. John Ambulans, Setiausaha Pasukan Rumah Kuning, Naib Bendahari Kelab Pencegah Jenayah dan Ketua Pasukan Badminton sekolah semasa beliau di tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Semangat dan cita-citanya yang tinggi untuk mencapai kejayaan tidak menghalang beliau bergiat aktif dalam bidang kokurikulum.[perlu rujukan]

Beliau pernah menyertai 50[perlu rujukan] pertandingan di sekolahnya. Antaranya ialah: Sayembara puisi, lagu, pidato, syarahan, bercerita, kuiz, melukis, menggubah dan bersajak. Beliau pernah dimahkotakan sebagai Tokoh Nilam Peringkat Kebangsaan 2004 besertakan Johan Pidato Permodalan Nasional Berhad.

Selepas menamatkan pengajian di Universiti Edinburgh pada Julai 2013, beliau telah melanjutkan pengajian dalam Masters of Philosophy (MPhil) in Translational Medicine and Therapeutics (TMAT) di Universiti Cambridge dan menjalani latihan sebagai doktor junior di Hospital Universiti Cambridge selama 2 tahun sebelum memulakan latihan sebagai seorang doktor pakar bedah. Nur Amalina telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Kelas Pertama pada pertengahan 2015.

Seterusnya, beliau telah meneruskan pengajian di Imperial College London pada Ogos 2015 untuk menjadi seorang doktor pakar bedah dan felo akademik klinikal di bawah naungan NHS Healthcare Trust. Beliau terlibat dalam pengkhususan payudara, pembedahan plastik dan pembedahan awam dan telah berkhidmat di Hospital St Mary, Hospital Chelsea & Westminster dan Hospital Charing Cross. Beliau memenangi Darzi Academic Clinical Research Fellowship daripada Imperial College London. Beliau sedang membuat PhD dalam bidang perubatan di Imperial College London di bawah tajaan Imperial College dan National Institute Health Research (NIHR) UK sambil bekerja di hospital terkemuka di London.

. . . Nur Amalina Che Bakri . . .

This article is issued from web site Wikipedia. The original article may be a bit shortened or modified. Some links may have been modified. The text is licensed under “Creative Commons – Attribution – Sharealike” [1] and some of the text can also be licensed under the terms of the “GNU Free Documentation License” [2]. Additional terms may apply for the media files. By using this site, you agree to our Legal pages . Web links: [1] [2]

. . . Nur Amalina Che Bakri . . .

Previous post Kelas Kedah
Next post Kampung Pulau Gajah