
Mohd Irfan Fazail
Mohd Irfan Fazail (lahir 12 April 1991 di Pontian, Johor) adalah seorang pemain bola sepakMalaysia yang kini bermain dengan Johor Darul Takzim II FC di Liga Perdana Malaysia.
. . . Mohd Irfan Fazail . . .
Irfan Fazail dilahirkan di Pontian, Johor. Irfan dibesarkan di Johor Bahru dan mula bermain bola sepak untuk pasukan tempatan. Kemudian Irfan meninggalkan Johor dan memasuki Sekolah Sukan Bukit Jalil dan kemudian menyertai Pasukan Bola Sepak SSBJ dan mengambil bahagian dalam Piala Presiden Malaysia semasa bersekolah disitu.
Selepas tamat sekolah, Irfan menyertai pasukan Harimau Muda pada tahun 2008, bersama-sama Wan Zack Haikal dan Mohd Fandi Othman, Harimau Muda menjadi satu pasukan yang kuat dan pada tahun 2008 mereka menjuarai Liga Perdana dibawah kendalian Dato’ Ong Kim Swee.
Kemudian, Harimau Muda telah dipecahkan kepada dua pasukan dan Irfan terpilih dalam pasukan A. Irfan dan 25 pemain yang lain telah dipilih oleh jurulatih Azraai Khor untuk menyertai latihan selama lapan bulan di Zlaté Moravce, Slovakia.
Pada September 2011, Irfan bersama Fadhli Shas dan Wan Zack Haikal telah dipilih untuk beraksi bersama kelab FC ViOn Zlaté Moravce di Slovakia secara pinjaman selama 3 bulan.[1][2] Irfan membuat penampilan sulung bersama kelab dengan kemenangan 3-0 menentang FK AS Trenčín, masuk dari bangku simpanan menggantikan Martin Hruška.[3] Irfan kemudian kembali ke pasukan Harimau Muda A untuk pasukan kebangsaan yang akan beraksi di Sukan SEA 2011. Irfan berjaya membuat 2 kemunculan bersama FC ViOn Zlaté Moravce
. . . Mohd Irfan Fazail . . .