Kura-kura Tempurung Datar

Kura-kura Tempurung Datar atau nama lain, Kura-kura Punggong Rata, (bahasa Inggeris: Malayan Flat-shelled Turtle) adalah salah satu spesis kura-kuraasia tenggara. Nama saintifiknya Notochelys platynota[2].

Kura-kura Tempurung Datar
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Subfilum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Keluarga:
Genus:
Notochelys

Gray, 1863
Spesies:
N. platynota
Nama binomial
Notochelys platynota

(Gray, 1834)
Sinonim[1]
  • Emys platynotaGray, 1834
  • Emys platynothaGray, 1835(ex errore)
  • Cyclemys platynotaGray, 1856
  • Notochelys platynotaGray, 1863
  • Cyclemys giebeliiHubrecht, 1881
  • Cistudo bankanensisBleeker, 1889(nomen nudum)
  • Notochelys platysnotaNutaphand, 1979(ex errore)

. . . Kura-kura Tempurung Datar . . .

Myanmar, Thailand, Kemboja, Semenanjung Malaysia, Indonesia (Sumatera, Jawa, Borneo, Bangka)[3], Vietnam dan Singapura.

Karapas (tempurung) berwarna coklat gelap, luas dan rata di bahagian atas. Jumlah perisai (scute) pada tempurung tengahnya adalah enam atau tujuh kepingan. Panjang karapas dewasanya boleh mencapai dari 32 hingga 36 sentimeter. Plastron berwarna kuning atau berbintik coklat. Manakala ekornya selalunya pendek dan tajam. Tempurung kura-kura yang lebih muda berwarna coklat terang dengan satu bintik hitam pada setiap perisainya.[4] Bintik-bintik hitam ini kekal dengan pertambahan usia.

Kura-kura yang dibela boleh mencapai usia sehingga 18.8 tahun[5]

    Haiwan ini hidup di kawasan hutan beriklim tropika, disebabkan terdapat pelbagai sumber makanannya; tumbuh-tumbuhanhijau dan haiwaninvertebrata kecil. Taburan hujan yang tinggi serta suhu18 °C (64 °F) membentuk habitat semulajadi yang sesuai bagi kemandirian spesies ini dengan kewujudan kawasan berair cetek seperti sungai, kolam dan kawasan berpaya.[6]

    Kura-kura Tempurung Datar bersifat maserba, iaitu memakan tumbuh-tumbuhan dan hidupan invertebrata kecil. Walau bagaimanapun, kura-kura dewasanya cenderung memilih tumbuh-tumbuhan sebagai makanan.[7]

    Bilangan haiwan ini terjejas disebabkan oleh penerokaan hutan habitat mereka, atau dijadikan koleksi oleh penggemar haiwaneksotik. Malah, ia juga menjadi menumakanan sesetengah masyarakat.[8]

    Sebagai pencegahan kepupusan haiwan ini, penguatkuasaan undang-undang perlu dilaksanakan seperti melindungi habitat asal mereka dan menyekat pengumpulan haiwan ini secara haram. Contohnya, kerajaan Malaysia telah meletakkan spesies ini di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (pindaan 2010) [Jadual 1] sebagai haiwan yang dilindungi.[9]

    . . . Kura-kura Tempurung Datar . . .

    This article is issued from web site Wikipedia. The original article may be a bit shortened or modified. Some links may have been modified. The text is licensed under “Creative Commons – Attribution – Sharealike” [1] and some of the text can also be licensed under the terms of the “GNU Free Documentation License” [2]. Additional terms may apply for the media files. By using this site, you agree to our Legal pages . Web links: [1] [2]

    . . . Kura-kura Tempurung Datar . . .

    Previous post Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-16 Sepanyol
    Next post Bahasa lekatan