Kapal peronda luar pantai kelas-Kedah merupakan enam buah kapal yang dioperasikan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia yang dibina berdasarkan rekabentuk kapal kelas MEKO 100 oleh firma Blohm + Voss. Asalnya, sejumlah 27 buah kapal akan dibina, tetapi di sebabkan kelewatan program dan masalah kewangan yang dialami oleh kontraktor utama iaitu PSC-Naval Dockyard (PSC-ND), hanya enam buah kapal sahaja yang dipesan. Pembinaan kapal kelas ini telah dimulakan pada awal tahun 2000-an, dan menjelang tahun 2009, kesemua enam buah kapal berada dalam perkhidmatan aktif. Kini, ia merupakan antara kapal-kapal permukaan termoden yang berada dalam pegangan Tentera Laut Diraja Malaysia. Kapal-kapal ini dinamakan bersempena dengan nama negeri-negeri dalam Persekutuan Malaysia.[1]
Kapal-kapal kelas Kedah lahir dari keperluan Tentera Laut Diraja Malaysia menggantikan kapal-kapal ronda kelas Kris dan kelas Sabah. Program Kapal Ronda Generasi Baru (New Generation Patrol Vessel), NGPV, bertujuan memanfaatkan perjanjian pemindahan teknologi pembinaan kapal. Termasuk di dalam kontrak bernilai 5.35 billion ringgit tersebut, di mana dua kapal pertama dibina di Jerman dan selebihnya di dalam negara, ialah perolehan hak milik rekaan MEKO A-100.
Dua kapal yang pertama iaitu KD Kedah dan KD Pahang, walaupun dibina di Jerman, dibawa pulang ke tanahair untuk melalui proses integrasi sistem-sistem kapal dan ujian di laut oleh pihak PSC-ND. Belum pun kapal-kapal ini diserah, PSC-ND dilanda kemelut kewangan. Pengerusi Kira-kira Wang Negara (PAC) mendedahkan berlakunya penyelewengan dimana PSC-ND tidak dapat menjelaskan hutang berjumlah 80 juta ringgit kepada vendor-vendor dan kontraktor-kontraktor yang terlibat dalam pembinaan. Malahan PSC-ND memerlukan suntikan dana berjumlah 120 juta ringgit lagi untuk menyiapkan KD Kedah dan KD Pahang menyebabkan kelewatan hampir dua tahun. Episod buruk ini berakhir apabila pengurusan baru dilantik dan firma Boustead mengambil alih PSC-ND. Kedah dan Pahang akhirnya ditauliah ke dalam perkhidmatan TLDM pada 5 Jun dan 3 Ogos 2006.
This article is issued from web site Wikipedia. The original article may be a bit shortened or modified. Some links may have been modified. The text is licensed under “Creative Commons – Attribution – Sharealike” [1] and some of the text can also be licensed under the terms of the “GNU Free Documentation License” [2]. Additional terms may apply for the media files. By using this site, you agree to our Legal pages . Web links: [1] [2]
Kumpulan Hiburan Muzik Tencent (TME; Cina ringkas: 腾讯音乐娱乐集团; pinyin: Téngxùn Yīnyuè Yúlè Jítuán) ialah sebuah syarikat yang membangunkan perkhidmatan penstriman muzik untuk...
Noor Amin bin Ahmad merupakan seorang ahli politikMalaysia. Pada Pilihan raya umum Malaysia 2018,[1] beliau berjaya memenangi kerusi Dewan RakyatParlimen...
Venus Isabelle Palermo[1] (lahir 8 Februari 1997), dikenali sebagai Venus Angelic, merupakan seorang YouTuberSwitzerland, yang dikenali dengan penampilannya yang mirip...