Brain Dead (kumpulan)

Brain Dead adalah sebuah kumpulan heavy metal yang berasal dari Taiping, Perak, Malaysia, ditubuhkan pada tahun 1988. Brain Dead terdiri dari penyanyi utama/pemain gitar Ein, pemain gitar Malek, pemain bass Hashim dan pemain drum Lan “Bye”.

Rencana ini mungkin mengandungi penyelidikan asli.
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. (Mac 2013)
Brain Dead

Kulit album Brain Dead.
Latar belakang
Berasal dari Taiping, Perak, Malaysia
Genre Death metal, thrash metal
Tahun aktif 1987-1995, 2008-sekarang
Syarikat rakaman
Dark Journey Records,
Psychic Scream Entertainment
Pengkarya berkait
Ahli Ein Possessor
Malek
Hashim Pestilence
Lan “Bye”
Bekas ahli Shahrin
Adik

Sejak ditubuhkan, Brain Dead telah menerbitkan 2 buah demo, sebuah album dan sebuah album berkembar (bersama Silent Death). Kumpulan ini telah mendiamkan diri selepas album berkembar tersebut sejak 1995. Walaupun pernah dijadikan sebagai band perdana di sebuah persembahan di Johor Bahru, kumpulan ini telah kembali aktif semula sepenuhnya pada tahun 2008.

. . . Brain Dead (kumpulan) . . .

Jika kita menyingkap kembali kegilaan dan kehebatan kumpulan-kumpulan awal death metal ditanah air, nama Brain Dead adalah salah satu nama besar dalam dunia Death Metal di Malaysia. Brain Dead adalah kumpulan Death/Thrash Metal terawal dari Perak selepas kumpulan Black Metal dari Perak, Vulga ditubuhkan pada tahun 1985. Pada tahun 87 di Taiping kegilaan terhadap muzik Thrash Metal tidak dapat dibendung lagi lantas Brain Dead ditubuhkan di Taiping pada 31 Ogos 88. Ditubuhkan oleh Ein dan Malik. Mereka berdua adalah orang yang bertanggungjawab dalam penubuhan Brain Dead.

Disebabkan hanya mereka berdua sahaja didalam Brain Dead, Ein kemudian mengajak Hashim untuk menyertai Brain Dead. Hashim dan Ein adalah rakan lama dan mereka berdua adalah classmate di zaman persekolahan mereka.kemudian muncul Shahharin yang sebelum ini bermain dengan sebuah kumpulan Heavy Metal dan kumpulan ini datangnya dari daerah yang sama, Taiping. Oleh itu lengkaplah Brain Dead, anggota asal Brain Dead adalah Ein Possessor (Abdul Rahim Zakaria) gitaris/vokalis,Malik Mutilation sebagai pemain gitar, Hashim Pestilence sebagai pemain bass dan Shahharin sebagai Drummer. Nama Brain Dead telah digunakan sejak tertubuhnya Brain Dead dan nama ini datangnya dari salah satu tajuk lagu dari kumpulan Thrash Metal terkenal Exodus.Pada awal penubuhan Brain Dead mereka banyak membawakan lagu-lagu dari kumpulan Metallica ketika jamming. Selepas itu mereka mula membawakan lagu-lagu cover dari Venom, Slayer, Sodom, Possessed, Sepultura, Slaughter, Sarcofago dan banyak lagi kumpulan death/thrash metal yang sedang hangat ketika itu.

Pada awal tahun 89, Brain Dead diberi penghormatan menjadi band undangan dalam satu konsert di tempat mereka.Gig itu adalah yang pertama buat Brain Dead pada 4 mac 89 di taiping sebagai band undangan untuk sebuah band rock/heavy metal tempatan yang mempunyai nama yang agak besar juga iaitu M.A.Y,mereka merasakan sedikit gemuruh kerana inilah pengalaman pertama mereka bermain gig tambahan pula di hadapan lebih 1300 orang penonton. Pada waktu itu mereka membawakan lagu-lagu dari Metallica. Sambutan yang diterima amatlah menggalakkan. Selepas gig pertama itu sebagai band undangan dan pembukaan, Brain Dead mula mendapat banyak undangan dan tawaran untuk membuat show sejak gig pertama mereka,buat pertama kalinya mereka bermain di luar Perak.

Gig yang kedua juga dalam tahun 89 di Galactica Roller, sebuah tempat di Kuala Lumpur yang kerap menganjurkan konsert Thrash Metal. Kali ini mereka diberi peluang beraksi bersam Bacteria (kini dikenali sebagai Silenth Death dari Kuala Lumpur), Rator (Death Metal dari Selangor) dan SlapDeath (band dari Kelantan) . Permulaan tahun 90, Brain Dead telah mula menulis lirik-lirik mereka sendiri.Lagu-lagu awal yang ditulis oleh Brain Dead ialah ‘Eternal War’, ‘Satanism’ dan ‘On Your Grave’. Mereka adalah satu kumpulan grind/Brutal Death Metal yang agresif, banyak dipengaruhi oleh Morbid Angel, Bolt Thrower, Terrorizer dan banyak lagi. Mereka mula mencuba untuk membuat demo mereka sendiri, tetapi disebabkan masalah studio seperti kurang memberi kerjasama dan tidak sukakan muzik sebegini maka usaha mereka terbantut begitu sahaja.Mereka meneruskan jamming setelah gagal untuk menghasilkan demo.Akhirnya dipenghujung tahun 90 pada 23 disember Brain Dead merakamkan demo pertama mereka bertajuk ‘Eternal War’ yang dirakamkan di Camy Studio,Taiping. Demo ini mengandungi tiga lagu iaitu Eternal War, Satanism dan On Your Grave. Lirik mereka ketika itu berkonsepkan Gore, Death dan Satanism. Demo ini menjadi saingan kepada band underground tempatan lain di waktu itu seperti Sil Khannas (sekarang Sil Khannaz), Sufforcation (sekarang Suffercation), Senseless Death (sekarang Senseless),Silenth Death, Hijrah (sekarang Pilgrims) dan Necrofist (sekarang Nebiras) yang mengeluarkan demo ditahun yang sama (90).

Kulit demo Eternal War Demo

. . . Brain Dead (kumpulan) . . .

This article is issued from web site Wikipedia. The original article may be a bit shortened or modified. Some links may have been modified. The text is licensed under “Creative Commons – Attribution – Sharealike” [1] and some of the text can also be licensed under the terms of the “GNU Free Documentation License” [2]. Additional terms may apply for the media files. By using this site, you agree to our Legal pages . Web links: [1] [2]

. . . Brain Dead (kumpulan) . . .

Previous post The Young Victoria
Next post Jan Ø. Jørgensen