UiTM FC

Kelab Bola Sepak Universiti Teknologi MARA atau dikenali sebagai UiTM FC adalah kelab bola sepak yang berpangkalan di Shah Alam, Selangor, Malaysia. Kelab ini beraksi di peringkat 1 liga bola sepak Malaysia Liga Super Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 2008, gelanggang rasmi pasukan ini adalah di Stadium UiTM dengan kapasiti 10,000 tempat duduk. Kelab ini juga dikenali dengan gelaran The Lion Troops.

UiTM FC
Fail:Uitmfclogo20.jpg
Nama penuh Kelab Bola Sepak
Universiti Teknologi MARA
Gelaran (The Lions Troops)
Diasaskan 2008; 13 tahun yang lalu (2008)
Stadium Stadium UiTM, Shah Alam, Selangor
(Muatan: 10,000)
Pemilik Universiti Teknologi MARA
Presiden Prof Dr. Azizan Abdullah
Pengurus Mustaza Ahmad
Jurulatih Frank Bernhardt
Liga Liga Super Malaysia
2020 Ke-6
Tapak sesawang Laman kelab
tuan rumah
tempat lawan
ketiga

Pasukan ini berada di bawah bidang kuasa Universiti Teknologi MARA, sebuah universiti awam Malaysia yang berpusat di Shah Alam, Selangor.

. . . UiTM FC . . .

Ditubuhkan pada tahun 2008, UiTM FC membuat kemunculan dalam bola sepak Malaysia dengan menyertai tahap ketiga Liga Malaysia iaitu Liga FAM Malaysia pada tahun 2009. Kelab ini menduduki tempat ketiga pada tahun Liga FAM 2012 dan dinaikkan pangkat ke liga peringkat kedua, Liga Premier Malaysia pada tahun 2013 bagi menggantikan USM FC, yang menarik diri dari Liga Premier Malaysia akibat masalah kewangan.

Pada 25 Julai 2010, kelab ini memenangi edisi pertama Liga IPT dengan mengalahkan UKM FC 3-0 di perlawanan akhir berlansung di Stadium UiTM. Gol pertama UiTM FC dijaringkan oleh Amirizdwan Taj sebelum Fahrul Razi menjaringkan gol kedua pada minit ke-37. Gol ketiga adalah gol sendiri oleh Muhammed Suffian dari UKM FC. Fahrul Razi telah dipilih sebagai pemain dalam perlawanan akhir.

Pada musim 2017, UiTM FC berjaya melayakkan diri ke Piala Malaysia buat kali pertama sejak penubuhan kelab. Untuk musim 2019, UiTM FC berjaya mendapat posisi ke-5 dalam liga. Bagaimanapun, disebabkan perubahan status PKNS FC kepada pasukan feeder Selangor FA, UiTM FC mendapat kenaikan pangkat untuk bermain dalam Liga Super Malaysia 2020 secara merit. Ia adalah kali pertama UiTM FC akan bersaing dalam liga bahagian tertinggi sejak penubuhannya.

Pemilihan pemain UiTM agak unik kerana para pemain termasuk pemain import, harus mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi MARA untuk dipilih mewakili skuad UiTM FC.

Tempoh Pengeluar Kit Penaja
2012 Umbro
2013 Kementerian Pengajian Tinggi
2014 Kementerian Pendidikan Malaysia
2015
2016 Soaring Upwords
2017
2018 Puma Soaring Upwords & UiTM Holdings
2019 Master Halal & Active Sports
2020 Adidas (Kit 1) & (Kit 2) Sukipt
Fitech (Kit 3) Sukipt & Malaysia Airlines
Rencana utama: Stadium UiTM

Sehingga 14 Februari 2020

No. Posisi Pemain
1 GK Azam Jais
2 DF Amirul Ashraf(loan daripada Selangor)
3 DF Aliffikhwan Mazlan
5 DF Syahmi Shukri
6 MF Nazrin Bahri
7 MF Nik Syafiq Syazwan
8 MF Nursalam Zainal Abidin
10 MF Nur Areff Kamaruddin
11 DF Syed Ariff
12 DF Afif Asyraf
13 DF Wan Fatah Wan Ali
14 MF Izman Solehin
16 MF Shafiq Al-Hafiz
18 DF Afiq Arshad
21 DF Muhammad Faizal Mohd Arif (Kapten)
22 MF Megat Zakwan
23 FW Nuzul Iman
No. Posisi Pemain
24 GK Azfar Arif
25 FW Azriddin Rosli
26 FW Ridzuan Azly
29 GK Haziq Aris
31 FW Nizarruddin Jazi
32 FW Rafie Mat Yaacob
33 FW Zulkarnain Rosli
38 MF Zulkifli Zakaria
41 MF Hakim Ismail
DF Victor Nirennold
MF Rabih Ataya(loan daripada Al Ahed FC)
MF Ousmane Fané
FW Gustavo Almeida dos Santos
DF Khuzaimi Piee
MF Shahrul Igwan
MF Danish Haziq

. . . UiTM FC . . .

This article is issued from web site Wikipedia. The original article may be a bit shortened or modified. Some links may have been modified. The text is licensed under “Creative Commons – Attribution – Sharealike” [1] and some of the text can also be licensed under the terms of the “GNU Free Documentation License” [2]. Additional terms may apply for the media files. By using this site, you agree to our Legal pages . Web links: [1] [2]

. . . UiTM FC . . .

Previous post Anandpur Sahib
Next post Kampung Paya Nongmi